Cough Medicine - How To Get Rid Of Cough & Types Of Cough Medicine That Can Be Purchased At The Pharmacy

Ubat Batuk: Cara Menghilangkan Batuk & Jenis Ubat Batuk Yang Boleh Dibeli Di Farmasi

Ubat batuk tradisional merupakan salah satu kaedah yang bagus untuk merawat dan melegakan batuk selain dari ubat-ubatan dari farmasi atau klinik. Sememangnya batuk adalah salah satu perkara biasa yang terjadi terhadap seseorang individu. Namun, sekiranya ia dibiarkan dan berpanjangan, ia boleh menjadi berbahaya dan anda berkemungkinan tinggi untuk dijangkiti virus atau bakteria. Untuk mengetahui punca-punca batuk serta cara-cara yang anda boleh lakukan untuk melegakan batuk, ikuti artikel ini sehingga akhir.

Sebab-Sebab Batuk Terjadi

Batuk merupakan tindakbalas yang berlaku secara semulajadi untuk membuang bendasing serta kuman yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru.

Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan batuk:

  • Merokok
  • Asma
  • Selesema/influenza
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Alahan
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Ubat yang dikenali sebagai ACE inhibitors yang berfungsi untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Cara Menghilangkan Batuk

Aiskrim Vanilla

Sifat aiskrim yang sejuk dipercayai dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan sakit tekak. Namun, ia hanya efektif sekiranya anda menggunakan aiskrim vanilla.

Bawang Putih

Selain dari berfungsi untuk menyedapkan masakan, bawang putih juga berfungsi untuk melegakan masalah batuk dan ia telah di gunakan sejak turun temurun. Bakar satu labu bawang putih bersama kulitnya di atas dapur gas selama 15 minit dan pastikan ia tidak hangit dan rentung. Selepas itu, buang kulit bawang dan makan ia begitu sahaja.

Salah satu kaedah yang lain adalah dengan menumbuk bawang putih yang telah dibakar lalu digaul bersama minyak zaitun dan sapukan pada bahagian leher anda sekerap yang mungkin.

Air

Selain itu, antara ubat sakit tekak semula jadi dan boleh melegakan batuk adalah dengan meminum air. Air dapat membantu anda mencairkan kahak dan melembapkan salur tekak anda. Oleh itu, pastikan anda meminum air dengan kadar yang mencukupi.

Asam Jawa

Seterusnya, salah satu petua tradisional untuk melegakan batuk adalah dengan menggunakan asam jawa. Campurkan dua sudu asam jawa ke dalam secawan air suam dan kacau sehingga sebati. Kemudian, tapiskan air asam jawa tersebut untuk membuang biji serta seratnya. Minum air tersebut sebanyak dua kali sehari kerana ia dapat membantu tekak anda berasa nyaman dan menyejukkan badan anda.

Madu

Seperti yang kita tahu, madu mempunyai banyak khasiat yang baik bagi tubuh badan dan ia mampu merawat batuk dengan lebih baik berbanding ubat dari klinik dan farmasi. Madu dapat mengurangkan sakit tekak, batuk serta selesema. Campurkan dua sudu teh madu bersama air suam serta perahan lemon. Ia akan membantu menenangkan dan membantu rongga dari berlaku kesesakan. Sekiranya tiada lemon, anda juga boleh menggunakan air perahan limau nipis.

Jenis Ubat Batuk Yang Boleh Dibeli Di Farmasi

Sekiranya batuk anda berpanjangan, anda juga boleh mencuba ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan anda. Berikut merupakan ubat batuk yang anda boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi doktor.

AntiHistamine

Anti-histamine berfungsi untuk mengurangkan batuk berkahak serta penghasilan hingus.  Ia dapat menembusi penghalang otak dan merencat pusat batuk. Antara ubat yang mengadungi anti-histamine adalah Diphenhydramine, Promethazine,  dan Chlorpheniramine.

Mucolytic

Mucolite sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah batuk berkahak. Hal ini kerana ia dapat memutuskan jaringan mukus agar menjadi lebih longgar dan mudah untuk keluar apabila batuk. Antaranya ialah Ambroxol dan Acetycysteine.

Expectorant

Mempunyai fungsi yang sama seperti Mucolite, Expectorant juga sesuai untuk mereka yang mengalami batuh berkahak. Ia akan mencairkan mucus di saluran pernafasan untuk memudahkan kahak keluar. Antara ubat Expectorant adalah Rhinatiol, Bisolvon, dan Mucolix.

Antitussive

Akhir sekali, berbeza dengan Expectorant dan Mucolite, ubat ini digunakan bagi mereka yang mengalami batuk kering. Ia berfungsi untuk mengurangkan kerengsaan serta menghalang reflex batuk di mana ia dapat membantu seseorang itu untuk berhenti batuk. Contoh ubat Antitussive adalah Dextromethorphan, Pholcodeine, dan Syrup Tussidex Forte.

Kesimpulannya

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk anda merawat batuk yang dialami secara tradisional ataupun secara moden. Pastikan anda merawat batuk dengan segera untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk. Namun, sekiranya ia berpanjangan, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. P.S Bagi anda yang berminat untuk memulakan perniagaan yang berasaskan produk kesihatan seperti ubat batuk, anda boleh hubungi UMZ Bioline Manufacturer Sdn Bhd.

Senarai Kilang OEM

UMZ Bioline Manufacturer Sdn Bhd yang mempunyai kilang-kilang OEM sendiri mengikut jenis-jenis produk yang ingin dikeluarkan:

  • Kilang OEM Ulu Tiram (Minuman) di Johor – No.9, Jalan Tiram 14, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Tel & Fax : +607-861 2464
  • Kilang OEM Ulu Tiram ( Supplement ) di Johor – No.11, Jalan Tiram 14, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Tel & Fax : +607-861 2464
  • Kilang OEM Ulu Tiram (Ubat Tradisional – MAL Liquid) di Johor – No.7, Jalan Tiram 6, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Tel & Fax : +607-861 4034
  • Kilang OEM Ulu Tiram (Ubat Tradisional – MAL Oil & Cream) di Johor – No.9, Jalan Tiram 14, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Tel & Fax : +607-861 2464
  • Kilang OEM Ulu Tiram ( Kosmetik ) di Johor – No.17, Jalan Tiram 9, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Tel & Fax : +607-863 3950

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version