oem senawang- Halal OEM Manufacturer

Kilang OEM Negeri Sembilan Memenuhi Permintaan Buat Produk Jenama Sendiri Berkualiti Tinggi

Anda berada di Negeri Sembilan dan berminat untuk membuat produk jenama sendiri? Kilang OEM Negeri Sembilan UMZ Bioline Manufacturer Sdn Bhd dapat memenuhi kehendak anda. Untuk memastikan anda berpuas hati dengan pengilang serta produk yang akan dihasilkan, kami kongsikan beberapa ciri unik kilang OEM Negeri Sembilan sebagai panduan anda.

#1 Harga Buat Produk yang Berpatutan

Sekiranya anda pernah menjadi ejen produk, anda pasti tahu harga produk yang anda jual adalah lebih mahal berbanding harga stokis atau harga owner. Selain itu, margin juga adalah kecil sekiranya anda menjadi ejen produk sampai bila-bila. Anda tidak mahu menjadi pemilik produk yang boleh dapat margin untung tinggi?

Inilah peluang anda untuk memiliki produk jenama sendiri. Kilang OEM Negeri Sembilan akan menawarkan harga buat produk yang sangat kompetitif untuk anda.

#2 Penghasilan Produk Sampel Berkualiti Tinggi

Penyediaan produk sampel daripada kilang OEM Negeri Sembilan adalah penting untuk usahawan produk. Tujuannya adalah untuk membolehkan usahawan produk meneliti sampel produk tersebut sebelum dipasarkan secara besar-besaran. Dia perlu meneliti warna, bentuk, wangian, dan tekstur produk agar ianya menepati kehendaknya.

Berikut adalah prosedur biasa untuk menghasilkan produk sendiri:

  • Perjumpaan untuk perbincangan dengan kilang OEM Negeri Sembilan
  • Pilih produk untuk sampel
  • Kilang membuat pemprosesan
  • Sampel siap dan terus dihantar ke outlet

Oleh kerana itu, usahawan produk perlu mencari kilang OEM yang boleh menghasilkan produk sampel dengan mutu terbaik. Dengan kecepatan proses ini, usahawan produk tersebut tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan sampel produk.

#3 Pengamalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice) atau GMP

Sebelum memilih kilang OEM Negeri Sembilan, anda perlu memastikan kilang yang dipilih mengamalkan Good Manufacturer Practice (GMP) dalam setiap aktiviti mereka. GMP adalah salah satu pengiktirafan oleh kerajaan untuk memastikan kilang tersebut layak menghasilkan produk OEM.

Anda boleh bertanyakan kilang tersebut tentang standard GMP mereka dan bagaimana mereka mematuhinya. Ini untuk memastikan produk anda bukan sahaja selamat tetapi juga sesuai dengan standard anda.

#4 Kilang Mempunyai Pensijilan HALAL, MESTi, KKM

Pilih kilang OEM yang sudah mempunyai sijil Halal untuk memudahkan proses anda meletakkan siri KKM (NOT / MAL) dan logo Halal pada produk anda.

Anda juga perlu mengetahui perbezaan di antara NOT, KKM dan MAL:

a) NOT

Produk kosmetik yang siap akan diberikan Nombor Notifikasi (NOT) sebagai bukti produk kosmetik tersebut telah dimaklumkan dengan pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Mulai tahun 2008, proses kawalan terhadap produk kosmetik telah bertukar dari Sistem Pendaftaran kepada Sistem NOTIFIKASI. Melalui sistem ini, pihak syarikat perlu memaklumkan kepada BPFK terlebih dahulu sebelum produk kosmetik tersebut boleh diimport, dikilangkan atau dipasarkan di Malaysia.

b) MAL

MAL ialah nombor pendaftaran dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM. Semua ubat berdaftar mesti mempamerkan nombor pendaftarannya pada label atau pembungkusannya. Nombor pendaftaran dimulakan dengan huruf ‘MAL’ diikuti dengan 8 digit nombor dan diakhiri dengan huruf-huruf yang menunjukkan kategori pendaftaran produk tersebut iaitu :

Kategori pendaftaran produk:

A – Ubat mengandungi racun terkawal

X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC

T – Ubat tradisional

N – Suplemen kesihatan

c) KKM

Produk yang berdaftar atau dimaklumkan kepada PBKD tidak meletakkan ‘KKM’ dalam mana-mana nombor pendaftaran atau nombor notifikasi. Sekiranya produk-produk farmaseutikal, suplemen kesihatan, persediaan tradisional dan kosmetik ada nombor MAL, maka produk-produk tersebut adalah selamat daripada bahan-bahan terlarang seperti merkuri, sabrutamine dan dadah yang terlarang. Setiap produk kosmetik, farmaseutikal dan makanan tambahan serta penyediaan tradisional wajib mendaftar dengan PBKD sebelum produk-produk tersebut dipasarkan kepada pengguna.

Nombor pendaftaran untuk produk-produk yang telah berdaftar dengan PBKD akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu nombor pendaftaran serta hologram yang tulen. Anda juga perlu mengetahui bahawa produk yang dijual di farmasi atau pasaraya perlu memenuhi syarat minima seperti:

– Pensijilan dari KKM

– Pensijilan dari JAKIM untuk HALAL

– MESTi untuk produk makanan

Sebilangan besar pengguna pada masa ini akan mencari siri KKM (NOT / MAL) dan logo Halal semasa mereka ingin membeli produk. Ini boleh menjadi titik mudah bagi anda untuk memenangi hati pelanggan anda.

#5 Pilih Kilang Yang Mempunyai Kepakaran Khusus Dalam Niche Tertentu

Tidak semua pengilang boleh menghasilkan pelbagai jenis produk. Ada pengilang yang khusus kepada produk kecantikan sahaja. Ada OEM yang hanya boleh buat produk kesihatan sahaja.

Oleh itu, anda perlu meneliti terlebih kepakaran sesuatu kilang itu. Lihat pada kriteria seperti:

  • Apa kategori produk yang paling banyak diminta oleh pelanggan mereka?
  • Apa sub-kategori produk yang laris di pasaran? Sekiranya produk kesihatan, apakah produk yang top? (skincare, produk kurus dan sebagainya)
  • Kepelbagaian formula produk yang tersedia – lagi banyak pilihan formula, lagi banyak pilihan untuk penghasilan produk anda.

Kesimpulannya

Sebagai contoh, kilang OEM di Negeri Sembilan boleh menghasilkan produksi khas ubat batuk dalam skala besar untuk ubat-ubat farmasuetikal. Bagi anda yang ingin buat produk jenama sendiri, anda boleh memilih ubat batuk herba tradisional kerana produk ini tidak banyak di pasaran namun permintaannya adalah sangat tinggi di pasaran.

Kesimpulannya, anda boleh meneliti tips di atas untuk membantu anda memilih kilang OEM yang anda ingini. Bagi anda yang tinggal di Negeri Sembilan, anda tidak perlu bersusah payah untuk ke Kuala Lumpur untuk menghasilkan produk sendiri

Hubungi UMZ Bioline Manufacturer Sdn Bhd yang mempunyai cawangan kilang OEM di Negeri Sembilan:

  • Persada Catteleya, Negeri Sembilan, 1-2, Jalan Catteleya 2, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

WhatsApp & Tel : +60 17-787 8218

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version