Salah satu keperluan pada era COVID-19 ini adalah hand sanitizer. Adakah anda tahu bahawa terdapat cara-cara buat hand sanitizer sendiri? Dalam artikel ini, kami akan menerangkan lebih lanjut tentang bagaimana untuk menghasilkan hand sanitizer yang betul dan selamat digunakan untuk kegunaan sendiri.
Hand sanitizer merupakan bahan cecair yang digunakan untuk mencuci tangan untuk membunuh mikroorganisma seperti bakteria. Ia mengandungi alkohol serta sebatian lain seperti gliserol dan air suling. Biasanya digunakan oleh doktor dan jururawat di hospital. Namun, penggunaan hand sanitizer sangat relevan pada masa kini untuk mengekang penularan COVID-19.
Salah satu kelebihan hand sanitizer adalah ia tidak memerlukan air atau sabun untuk mencuci tangan. Dengan itu, ia boleh dibawa dan dipakai pada bila-bila masa dan di mana jua. Walaubagaimanapun, ia sangat bagus digunakan di tempat yang tidak mempunyai sinki atau tandas. Ia juga boleh dibawa dan disimpan di dalam tas tangan.
Bahan-Bahan Untuk Membuat Hand Sanitizer
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat hand sanitizer sendiri. Kami akan mencadangkan 2 formula kepada anda. Anda boleh mengikut mana-mana formula mengikut keperluan dan kemahuan anda.
Formula 1
- Etanol 96 % sekitar 8.333 ml
- Hidrogen peroksida 3% sekitar 417 ml
- Gliserol 98% sekitar 145 ml
- Air suling (distilasi) atau air yang sudah dingin
Formula 2
- Isopropil alkohol 99.8%sekitar 7,515 ml
- Hidrogen peroksida 3% sekitar 417 ml
- Gliserol 98% sekitar 145 ml
- Air suling (distilasi) atau air yang sudah dingin
Peralatan-Peralatan Yang Diperlukan
Selepas anda sudah mempunyai semua bahan yang diperlukan, anda perlu menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk membuat hand sanitizer sendiri.
Anda boleh mengubahsuai peralatan mengikut kemampuan anda:
- Gelas atau botol plastik berukuran 10 liter.
- Jerry tin plastik berukuran 50 liter polythylene yang lutsinar.
- Tangki stainless steel dengan kapasiti 80-100 liter.
- Sodet kayu, plastik, atau logam untuk mengacau adunan.
- Tabung pengukur.
- Gelas pengukur, corong plastik atau logam.
- Botol plastik dengan tutup anti bocor berukuran 100 ml.
- Botol kaca atau plastik berukuran 500 ml dengan tutup skru.
- Alkohol meter, skala suhu di bahagian bawah dan etanol di bahagian atas.
Cara Buat Hand Sanitizer Mengikut Piawai WHO
Semua cara dan proses yang diterangkan adalah mengikut piawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO):
- Sediakan 10 botol kaca atau botol plastik yang dilengkapi dengan penutup skru seperti dinyatakan dalam bahagian sebelum ini.
- Dengan mengikut mana-mana formula yang dicadangkan sebelum ini, letakkan formula itu ke dalam tin jerry.
- Selepas itu, tambahkan hidrogen peroksida ke dalam tin jerry tersebut.
- Kemudian, tambahkan gliserol ke dalam tin jerry sebanyak 10ml dan air distilasi sebanyak 1ml. Jangan lupa membasuh gelas ukur itu.
- Campurkan adunan itu sehingga ia rata.
- Selepas adunan itu sudah rata, masukkan ia ke dalam botol plastik berukuran 500 atau 100 ml.
- Selepas itu, simpan selama 72 jam sebelum anda menggunakannya.
Cara Mudah Buat Hand Sanitizer di Malaysia
Jika anda seorang usahawan atau berminat untuk menjual hand sanitizer, anda tak perlu menyediakannya sendiri. Ini kerana anda boleh mendapatkan perkhidmatan penghasilan hand sanitizer daripada UMZ Bioline Manufacturer SDN BHD.
Berikut adalah proses-proses untuk menghasilkan produk anda sendiri:
- Tetapkan satu temu janji pada waktu yang sesuai dengan pihak UMZ Bioline Manufacturer.
- Dalam temu janji tersebut, bincangkan semua aspek bisnes seperti kos, MOQ (Kuantiti Pesanan Minimum) dan lain-lain.
- Uji sampel untuk menentukan sekiranya ia mengikut kehendak anda.
- Proses pengeluaran akan berlaku selepas mendapat persetujuan dan pengesahan daripada antara kedua-dua pihak.
Kesimpulanya
Kesimpulannya, anda boleh menghasilkan produk hand sanitizer sendiri. Namun begitu, anda juga boleh mendapatkan bantuan pihak ketiga untuk menghasilkan produk hand sanitizer dengan jenama anda. Jika anda bercita-cita untuk memulakan bisnes dengan menjual produk jenama sendiri, hubungi UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD.
Kami sangat berpengalaman dalam sektor ini dan telah berjaya menolong ramai usahawan untuk menaikkan nama mereka. Kami akan mendengar dan menolong mengikut kemampuan kami untuk bagi peluang kepada anda untuk berjaya dalam dunia bisnes.
Ini adalah antara servis yang kami tawarkan untuk anda.
- Konsultasi percuma
- Harga kompetitif
- Hasilkan formula yang sangat bagus
- Mengguna teknologi yang terbaru dalam penghasilan produk
- Kilang yang diiktiraf GMP
- Menawarkan sijil dan pendaftaran (HALAL, MAL, NOT)
Produk semua akan dihasilkan oleh UMZ BIOLINE MANUFACTURER SDN BHD dan anda boleh menjual produk tersebut atas nama anda. Senang kan?Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau pertanyaan, hubungi kami sekarang.
No comment yet, add your voice below!