Jika anda telah bertahun-tahun berniaga, tidak kisah anda dari mulakan dari bisnes apa sekalipun, pernah tak anda terdetik dan terfikir, macam mana cara untuk jadi Founder Produk melalui Kilang OEM Malaysia, Sabah , Sarawak?
Di dalam topik menarik ini, kami dari UMZ Bioline Manufacturer, Kilang OEM Malaysia, Sabah, Sarawak akan bantu guide anda cara untuk jadi founder produk melalui Kilang OEM Malaysia, Sabah , Sarawak dan langkah-langkah yang perlu anda untuk menjadi Founder Berjaya.
- Cara Untuk Jadi Founder Produk – Perkara Yang Perlu Anda Lakukan.
- Jangan tergesa-gesa nak siapkan produk , produk mestilah dihasilkan dari Kilang OEM Malaysia yang bertaraf GMP
- Founder Produk OEM mestilah punyai strategi pemasaran yang kukuh.
- Punyai Strategi Pemasaran Online Melalui Platform Laman Web
- Automasi di Media Sosial Menggunakan BOT
- Jangan tinggalkan Google Ads dan SEO, dua ini amat penting di Google Search.
- Penutup
Cara Untuk Jadi Founder Produk – Perkara Yang Perlu Anda Lakukan.
Untuk menjadi founder kepada sesuatu produk, terutamanya jika produk itu adalah produk baharu di pasaran, belum dikenali atau didengari oleh masyarakat tempatan ataupun luar negara, anda mestilah punyai strategi supaya kelak bila produk telah dihasilkan, anda boleh terus laris jual di pasaran tanpa sebarang masalah. Berikut kami sediakan 5 langkah utama yang anda boleh ikuti sebagai cara untuk jadi founder produk melalui Kilang OEM Malaysia, Sabah , Sarawak. Jangan tergesa-gesa nak siapkan produk , produk mestilah dihasilkan dari Kilang OEM Malaysia yang bertaraf GMP
Jangan tergesa-gesa nak siapkan produk , produk mestilah dihasilkan dari Kilang OEM Malaysia yang bertaraf GMP
Kelebihan produk yang dibuat dari Kilang OEM Malaysia bertaraf GMP ini adalah satu kunci kelarisan produk. GMP yang juga bermaksud “ Good Manufacturer Practice “ adalah pengiktirafan yang diberikan badan kerajaan kepada sesebuah kilang yang menepati panduan dalam menghasilkan produk OEM. Kilang OEM Malaysia bertaraf GMP ini juga sekaligus akan membantu anda dari segi kualiti produk OEM yang akan dihasilkan. Di samping itu, produk OEM itu juga turut akan dapat pensijilan yang akan dibantu seperti kelulusan KKM, HALAL, Mesti ( makanan/minuman ) NOTi dan token yang diperlukan.
Bayangkan jika anda tidak jumpa cara untuk jadi founder produk melalui Kilang OEM, anda mungkin rugi masa, tenaga dan wang! Bahkan produk yang dihasilkan juga tidak punyai kelulusan yang menyebabkan founder produk boleh disaman.
Kilang OEM Malaysia seperti UMZ Bioline Manufacturer adalah pilihan utama founder produk di seluruh Malaysia. Disamping jaminan kualiti optimum, harga yang ditawarkan untuk penghasilan seunit produk OEM amat murah dan kompetitif. Dengan minima penghasilan dari 1000 MOQ , produk anda boleh siap dalam masa 14 hari.
Founder Produk OEM mestilah punyai strategi pemasaran yang kukuh.
Jika anda sebelum ini pernah menjadi seorang dropship/stokis atau agen kepada mana-mana produk tidak kisah samada produk itu produk kesihatan ataupun kecantikan, kami yakin anda tahu sedikit sebanyak mengenai pemasaran.
Tetapi untuk capai menjadi Founder Produk OEM yang Berjaya, anda perlukan lebih dari itu. Strategi pemasaran ini merangkumi beberapa sistem. Sistem ini perlu difahami, diteliti dan perlu digunakan untuk kelangsungan perniagaan.
Punyai Strategi Pemasaran Online Melalui Platform Laman Web
Jika sebelum ini anda promote di fb page atau di Instagram, anda perlu tahu, bahawa laman web membantu CLOSE SALE dengan lebih mudah. Laman Web membantu anda berbagai cara seperti :
- Menceritakan produk anda tanpa henti 24 jam kepada pelawat / pembeli / lead anda
- Tolong close sale secara automatik
- Anda tidak perlu nak kutip database mereka seperti nama, alamat dan no telefon, laman web akan tolong selesaikan perkara ini ketika pembelian berlaku
- Sistem Pembayaran Online menggunakan FPX Payment
- Jika anda nak bina stokis/agen dan nak mereka order dalam kuantiti banyak, order terus di website.
- Anda boleh buat sistem affiliate dari website yang sekaligus membuatkan jualan produk anda lebih laju disamping membantu agen affiliate tambah pendapatan
Jika anda tidak punyai kepakaran bina laman web, boleh dapatkan khidmat Professional Website Designer Malaysia.
Automasi di Media Sosial Menggunakan BOT
BOT adalah satu istilah dari perkataan ROBOT yang membantu kita menguruskan pertanyaan mengenai produk di media sosial. Jika anda telah melancarkan beberapa kempen di media social untuk tujuan seperti
- Penjenamaan
- Promosi
- Hebahan
- Mencari Agen / Stokis / Dropship
- Nak kumpul database pelanggan
Anda perlukan bot ini untuk bantu anda. Bayangkan jika anda buat 5 kempen berbeza di media social, anda akan dapat pertanyaan bertalu-talu di messenger, di ruangan komen yang perlu dijawab dengan segera. Jika lewat, lead anda akan hilang minat untuk dapatkan produk anda atau terus tolak ketepi kerana terlalu lama menunggu. Oleh itu BOT adalah automasi yang amat diperlukan untuk bantu anda dalam perniagaan ATAU anda boleh hire dua atau tiga orang admin untuk balas semua mesej dan komen. Kos itu amat besar jika anda adalah kali pertama menjadi founder produk.
Jangan tinggalkan Google Ads dan SEO, dua ini amat penting di Google Search.
Satu statistik menujukkan bahawa 80 peratus pengguna di Malaysia menggunakan Google untuk selesaikan masalah mereka. Seperti contoh “ En. Ali ingin menguruskan badan. Ia buka Google dan terus taip “ cara untuk kuruskan badan “ . En Ali jumpa Website produk kurus . com . En Ali beli produk di website tersebut “
Website yang mudah dijumpai meningkatkan kadar conversion sales. Dalam setiap 100 pelawat, peratus conversion normal adalah sebanyak 3-8 peratus. Dalam kata lain, setiap 100 orang, 3 ke 8 orang akan membeli. Dan jika 1000 orang sehari, 30 ke 80 orang membeli. Penggunaaan Google Ads dan SEO untuk naikkan ranking website membantu jualan produk dan bina jenama untuk produk tersebut.
Penutup
Anda telah bersedia dan telah faham Cara untuk Jadi Founder Produk melalui Kilang OEM Malaysia , Sabah , Sarawak ? Jika ya , terus hubungi kami untuk konsultasi percuma. UMZ Bioline Manufacturer telah beroperasi lebih 15 tahun dan menjadi pilihan ratusan founder seluruh Malaysia untuk membangunkan produk. Kini giliran anda.
No comment yet, add your voice below!