Gel Mandian Bidara Produk Pilihan- Ramai Founder Terlepas Pandang!

Gel Mandian Bidara Produk Pilihan- Ramai Founder Terlepas Pandang!

Gel Mandian Bidara Produk Pilihan Tahun Ini . Selang beberapa bulan dari sekarang, Ramadhan dan Syawal akan menjelang tiba, adakah anda sebagai founder produk / pengasas produk mencari Kilang OEM untuk hasilkan produk jenama sendiri anda dengan kuantiti sehingga 1,000 pcs , 5,000 pcs atau 10,000 pcs dengan segera?

Pelbagai Pilihan Produk OEM

Jika ya , anda berada di laman web yang tepat. Di UMZ Bioline Manufacturer, kami adalah Kilang OEM bertaraf GMP yang telah membantu ramai usahawan dari dalam Negara sehingga ke luar Negara seperti Singapura dan Brunei bahkan Sabah Sarawak untuk hasilkan produk jenama sendiri khususnya seperti:

Produk Terhangat

Antara produk terhangat yang mendapat permintaan umum pada tahun ini adalah produk berasaskan herba daun Bidara. Tahukah anda, permintaan untuk produk berasaskan bidara meningkat dengan drastik sehingga 400% pada tahun ini. Khasiat herba daun bidara ini banyak memberi manfaat khususnya dalam membuang aura negatif dan mengembalikan kesegaran dan positiviti kepada tubuh badan.

Antara produk yang dihasilkan melalui herba daun bidara ini ialah

  • Gel Mandian Bidara
  • Spray Face Mist Bidara
  • Haruman AromaTerapi Bidara
Gel Mandian Bidara Produk Pilihan- Ramai Founder Terlepas Pandang!

Selain itu, produk kosmetik seperti Mascara Transparent ( produk terhangat tahun ini ) menjadi pilihan ramai pengguna tapi masih kurang founder tempatan menghasilkannya. Produk ini menjadi pilihan kerana mudah untuk digunakan, mesra pengguna. Ia berfungsi untuk memberikan bulu mata lebih lentik, kelihatan bulu mata lebih menarik dan penuh.

Produk Hangat – Mascara Transparent

Kesimpulanya

Sebagai founder anda perlu sentiasa mencari kelainan bagi membina sesuatu produk. Oleh itu penting untuk tidak terlepas pandang produk mandian bidara sebagai alternatif semulajadi yang bermanfaat bagi kesihatan kulit dan tubuh. Produk ini patut dianggap sebagai pilihan utama dalam rutin kecantikan dan kesihatan kita. Selain dari produk mandian daun bidara dapat menghasilkan pelbagai jenis produk yang mampu memberi kesan sampingan yang kepada pengguna. Set Temujanji sekarang.

Ubat Batuk: Cara Menghilangkan Batuk & Jenis Ubat Batuk Yang Boleh Dibeli Di Farmasi

Cough Medicine - How To Get Rid Of Cough & Types Of Cough Medicine That Can Be Purchased At The Pharmacy

Ubat batuk tradisional merupakan salah satu kaedah yang bagus untuk merawat dan melegakan batuk selain dari ubat-ubatan dari farmasi atau klinik. Sememangnya batuk adalah salah satu perkara biasa yang terjadi terhadap seseorang individu. Namun, sekiranya ia dibiarkan dan berpanjangan, ia boleh menjadi berbahaya dan anda berkemungkinan tinggi untuk dijangkiti virus atau bakteria. Untuk mengetahui punca-punca batuk serta cara-cara yang anda boleh lakukan untuk melegakan batuk, ikuti artikel ini sehingga akhir.

Sebab-Sebab Batuk Terjadi

Batuk merupakan tindakbalas yang berlaku secara semulajadi untuk membuang bendasing serta kuman yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru.

Causes of Cough - Halal OEM Manufacturer

Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh menyebabkan batuk:

  • Merokok
  • Asma
  • Selesema/influenza
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Alahan
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • Ubat yang dikenali sebagai ACE inhibitors yang berfungsi untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Cara Menghilangkan Batuk

Aiskrim Vanilla

Sifat aiskrim yang sejuk dipercayai dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan sakit tekak. Namun, ia hanya efektif sekiranya anda menggunakan aiskrim vanilla.

example Vanilla ice cream - Halal OEM Manufacturer

Bawang Putih

Selain dari berfungsi untuk menyedapkan masakan, bawang putih juga berfungsi untuk melegakan masalah batuk dan ia telah di gunakan sejak turun temurun. Bakar satu labu bawang putih bersama kulitnya di atas dapur gas selama 15 minit dan pastikan ia tidak hangit dan rentung. Selepas itu, buang kulit bawang dan makan ia begitu sahaja.

Salah satu kaedah yang lain adalah dengan menumbuk bawang putih yang telah dibakar lalu digaul bersama minyak zaitun dan sapukan pada bahagian leher anda sekerap yang mungkin.

example garlic - Halal OEM Manufacturer

Air

Selain itu, antara ubat sakit tekak semula jadi dan boleh melegakan batuk adalah dengan meminum air. Air dapat membantu anda mencairkan kahak dan melembapkan salur tekak anda. Oleh itu, pastikan anda meminum air dengan kadar yang mencukupi.

drink more water - Halal OEM Manufacturer

Asam Jawa

Seterusnya, salah satu petua tradisional untuk melegakan batuk adalah dengan menggunakan asam jawa. Campurkan dua sudu asam jawa ke dalam secawan air suam dan kacau sehingga sebati. Kemudian, tapiskan air asam jawa tersebut untuk membuang biji serta seratnya. Minum air tersebut sebanyak dua kali sehari kerana ia dapat membantu tekak anda berasa nyaman dan menyejukkan badan anda.

example Tamarind - Halal OEM Manufacturer

Madu

Seperti yang kita tahu, madu mempunyai banyak khasiat yang baik bagi tubuh badan dan ia mampu merawat batuk dengan lebih baik berbanding ubat dari klinik dan farmasi. Madu dapat mengurangkan sakit tekak, batuk serta selesema. Campurkan dua sudu teh madu bersama air suam serta perahan lemon. Ia akan membantu menenangkan dan membantu rongga dari berlaku kesesakan. Sekiranya tiada lemon, anda juga boleh menggunakan air perahan limau nipis.

example Honey - Halal OEM Manufacturer

Jenis Ubat Batuk Yang Boleh Dibeli Di Farmasi

Sekiranya batuk anda berpanjangan, anda juga boleh mencuba ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan anda. Berikut merupakan ubat batuk yang anda boleh didapati di farmasi tanpa preskripsi doktor.

AntiHistamine

Anti-histamine berfungsi untuk mengurangkan batuk berkahak serta penghasilan hingus.  Ia dapat menembusi penghalang otak dan merencat pusat batuk. Antara ubat yang mengadungi anti-histamine adalah Diphenhydramine, Promethazine,  dan Chlorpheniramine.

example cough medicine oem - Halal OEM Manufacturer

Mucolytic

Mucolite sesuai bagi mereka yang menghadapi masalah batuk berkahak. Hal ini kerana ia dapat memutuskan jaringan mukus agar menjadi lebih longgar dan mudah untuk keluar apabila batuk. Antaranya ialah Ambroxol dan Acetycysteine.

example cough medicine farmasi - Halal OEM Manufac

Expectorant

Mempunyai fungsi yang sama seperti Mucolite, Expectorant juga sesuai untuk mereka yang mengalami batuh berkahak. Ia akan mencairkan mucus di saluran pernafasan untuk memudahkan kahak keluar. Antara ubat Expectorant adalah Rhinatiol, Bisolvon, dan Mucolix.

example cough medicine product oem - Halal OEM Manufacturer

Antitussive

Akhir sekali, berbeza dengan Expectorant dan Mucolite, ubat ini digunakan bagi mereka yang mengalami batuk kering. Ia berfungsi untuk mengurangkan kerengsaan serta menghalang reflex batuk di mana ia dapat membantu seseorang itu untuk berhenti batuk. Contoh ubat Antitussive adalah Dextromethorphan, Pholcodeine, dan Syrup Tussidex Forte.

example cough medicine - Halal OEM Manufacturer

Kesimpulannya

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk anda merawat batuk yang dialami secara tradisional ataupun secara moden. Pastikan anda merawat batuk dengan segera untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk. Namun, sekiranya ia berpanjangan, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. P.S Bagi anda yang berminat untuk memulakan perniagaan yang berasaskan produk kesihatan seperti ubat batuk, anda boleh hubungi UMZ Bioline Manufacturer Sdn Bhd.

Senarai Kilang OEM

UMZ Bioline Manufacturer Sdn Bhd yang mempunyai kilang-kilang OEM sendiri mengikut jenis-jenis produk yang ingin dikeluarkan:

  • Kilang OEM Ulu Tiram (Minuman) di Johor – No.9, Jalan Tiram 14, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Tel & Fax : +607-861 2464
  • Kilang OEM Ulu Tiram ( Supplement ) di Johor – No.11, Jalan Tiram 14, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Tel & Fax : +607-861 2464
  • Kilang OEM Ulu Tiram (Ubat Tradisional – MAL Liquid) di Johor – No.7, Jalan Tiram 6, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Tel & Fax : +607-861 4034
  • Kilang OEM Ulu Tiram (Ubat Tradisional – MAL Oil & Cream) di Johor – No.9, Jalan Tiram 14, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Tel & Fax : +607-861 2464
  • Kilang OEM Ulu Tiram ( Kosmetik ) di Johor – No.17, Jalan Tiram 9, Taman Perindustrian Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor. Tel & Fax : +607-863 3950

UMZ Shop Kini Dibuka

Kini produk keluaran UMZ Bioline Manufacturer boleh di beli online di UMZ Shop dengan harga runcit dan kualiti terbaik daripada kami.

Jus Minuman Jenama Anda

Jus Minuman Jenama Anda - Halal OEM Manufacturer

Produk minuman adalah antara produk jenama sendiri yang mudah untuk dikeluarkan serta mendapat sambutan terhangat dipasaran. Kita boleh lihat beberapa jenama minuman tempata yang terkenal antaranya Ingin Lipton, Milo, Teh Tarik Place, Boh dan banyak lagi. Bagaimana jenama – jenama ini boleh berjaya?

Sudah tentu! Berikut ialah beberapa idea untuk melancarkan jenama produk minuman:

  • Cari Niche Pasaran: Ketahui pasaran mana yang memerlukan minuman baharu yang belum tersedia di pasaran. Ini boleh menjadi minuman yang bukan sahaja menyegarkan, tetapi juga memenuhi keperluan kesihatan tertentu seperti minuman yang rendah kalori, organik atau dengan bahan semula jadi.
  • Inovasi Rasa: Cuba cipta minuman yang unik dan berbeza daripada yang ada di pasaran. Anda boleh menggabungkan beberapa buah-buahan atau bahan semula jadi lain untuk mencipta rasa yang unik dan menarik untuk pengguna.
  • Reka bentuk pembungkusan yang menarik: Pembungkusan adalah salah satu faktor utama yang menentukan kejayaan sesuatu produk. Buat pembungkusan yang menarik dan sesuai dengan sasaran pasaran anda. Pembungkusan yang menarik boleh membantu menarik perhatian pengguna dan membezakan produk anda daripada pesaing.
  • Pilih pengilang yang betul: Pastikan pilih kilang yang mampu menghasilkan produk minuman berkualiti. Formulasi yang dihasilkan perlu unik serta stabil dan berkualiti.
  • Bina Pemasaran Kreatif: Cuba buat kempen pemasaran kreatif untuk menarik perhatian pengguna dan memperkenalkan jenama minuman baharu anda. Gunakan media sosial dan platform pemasaran lain untuk mempromosikan produk anda.

3 Perkara Wajib Founder Perlu Tahu Sebelum Pasarkan Produk Minuman

  • Sebelum masuk ke pasaran Malaysia pengasas atau pengeluar kepada produk yang ingin dipasarkan di Malaysia digalakkan untuk mendapatkan Status Pengkelasan.
  • Status pengkelasan ini akan membantu founder untuk memohon HALAL.
  • Proses pengkelasan produk ini akan dilakukan oleh NPRA.

Faktor Yang Perlu Ditapis Sebelum Pilih Kilang

Ada banyak kan kilang yang boleh hasilkan produk untuk jenama anda? Tetapi nak dapatkan kilang yang boleh berikan anda kualiti yang memuaskan hati anda dan pengguna tidak mungkin mudah. Ini adalah beberap faktor yang dapat membantu  anda memilih pengilang.

Lihat Kualiti Produk

Founder, mesti tahu jika pengguna tidak mudah nak terpikat dengan produk yang tiada kualiti. Jadi pengilang yang ada pilih mestilah sewajibnya menasihati anda mengenai kualiti produk dan membantu anda untuk mencapai standard kualiti yang pengguna mahukan.

Formulasi Produk

Ini merupakan faktor yang sangat penting kerana:

  • Sebagai founder anda sudah semestinya mahukan formulasi yang exclusive yang hanya dihasilkan untuk produk anda sahaja. Supaya produk anda ada USP (Unique Selling Proposition) yang kuat untuk dipasarkan.
  • Pastikan hanya produk dengan formulasi yang terbaik sahaja yang perlu dikeluarkan

Reka Bentuk Pembungkusan Produk

Pembungkusan sesuatu produk adalah peranan utama yang kuat untuk bagi impak kepada pengguna kerana ia merupakan paparan pertama yang akan di lihat oleh pengguna. Jadi founder, wajib pastikan kilang yang anda pilih boleh penuhi permintaan anda terhadap pembungkusan yang anda mahukan.

Kelulusan Dan Pensijilan

Hal ini, merupaka perkara paling utama yang akan pengguna tanya setiap kali ingin membeli sesuatu produk terutama sekali jika produk anda adalah produk baru. Jadi founder perlu memastikan pengilang mampu menyediakan segala jenis pensijilan yang anda perlukan seperti KKM, Halal, Pengkelasan dan sebagainya.

Kesimpulanya

Founder hasilkan produk jus minuman di UMZ Bioline Manufacturer, kami bimbing anda satu persatu! Segala keperluan dan permintaan terhadap produk kami merealisasikan sehingga anda menjadi  jutawan.

Lips Matte – Private Label Product

Lips Matte - Private Label Product

Consumers seek beauty products that align with values and lifestyle. One trend that has been gaining popularity in recent years is the use of private-label products.

Lips Matte – Private Label Product

Lips Matte is a private-label product that is becoming increasingly popular among beauty and personal care brands. This lip color has a matte finish, with no shine or gloss. Matte lip colors are known for their long-lasting wear and bold, intense color.

Benefit Build Lip Matte as A Private Label Product

Custom Made Formula

One of the key benefits of private-label Lips Matte products is the ability to customize the formula to meet the specific needs and preferences of your customers. For example, you can choose to make the product vegan, organic, or free of certain ingredients. Additionally, you can choose a variety of shades and packaging options to suit your brand’s aesthetic.

High-Quality Product

Another benefit of private-label Lips Matte products is the ability to control the production process and ensure that the products meet the highest standards of quality. By working closely with a manufacturer, you can ensure that the products are produced in a responsible and sustainable manner, which is becoming increasingly important to many consumers.

Conclusion

In conclusion, private label Lips Matte is a great way to add a high-quality and unique product to your beauty and personal care line. With the ability to customize the formula and packaging, and control the production process, you can create a product that aligns with your brand’s values and meets the specific needs of your customers. With the popularity of matte lip colors, it’s a great time to consider adding Lips Matte to your product line.

If you’re looking to add Lips Matte to your product line, private labeling is a great option. UMZ Bioline Manufacturer Sdn Bhd is the right manufacturer to allow you to get high-quality and unique products that align with your brand’s values and meet the needs of your customers. WhatsApp Now

Toilitri Jenama Sendiri

Toiletries Private Label Product - Halal OEM Manufacturer

Bina jenama sendiri untuk produk peralatan mandian ialah cara terbaik untuk syarikat membezakan diri mereka daripada pesaing. Hal ini kerana, ia mampu meningkatkan pengiktirafan jenama dan akhirnya memacu jualan. Mempunyai jenama sendiri untuk peralatan mandian membolehkan syarikat mempunyai kawalan penuh ke atas pembangunan produk, reka bentuk pembungkusan, pemasaran dan pengedaran produk. Sebenarnya, memilih peralatan mandian untuk menjadi jenama anda sendiri akan membantu anda berjaya dalam perniagaan ini. Baca lebih lanjut untuk mendapatkan tips dan maklumat.

Terdapat beberapa sebab mengapa syarikat boleh memilih untuk bina produk toilitri jenama sendiri:

  • Kos efektif: Pelabelan persendirian membolehkan syarikat menawarkan pelbagai jenis produk pada kos yang lebih kompetitif berbanding jika mereka mengeluarkan produk itu sendiri.
  • Kawalan ke atas kualiti produk: Bina jenama sendiri membolehkan syarikat mengawal kualiti produk yang mereka jual, kerana mereka boleh bekerjasama rapat dengan pengilang untuk memastikan produk mereka memenuhi keperluan khusus mereka. Ini amat penting apabila ia berkaitan dengan peralatan mandian, kerana pengguna semakin mencari produk semula jadi, organik dan mesra alam.
  • Masa yang lebih pantas untuk memasarkan: Jenama sendiri membolehkan syarikat membawa produk ke pasaran dengan lebih pantas berbanding jika mereka mengeluarkan produk itu sendiri, yang boleh membantu mereka terus mendahului persaingan.

Bina Toilitri Jenama Sendiri Organik

Formulasi produk, bahan yang digunakan, dan tujuan penggunaan produk adalah faktor penting yang dikaji oleh pakar penyelidikan kami untuk memastikan produk ini boleh digunakan pada semua jenis kulit.

Jenis Produk Label Peribadi Peralatan Mandian Organik

Syarikat boleh memilih untuk melabelkan produk organik secara peribadi untuk menawarkan pilihan yang lebih semula jadi dan mampan kepada pelanggan mereka. Ini boleh membantu mereka menonjol dalam pasaran dan menarik pengguna yang mencari produk organik. Produk label peribadi organik juga boleh membantu syarikat menarik minat pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar dan ingin mengurangkan jejak karbon mereka.

Beberapa contoh produk label peribadi peralatan mandian organik termasuk:

  • Pencuci badan dan sabun organik: Pencuci badan dan sabun organik dibuat dengan bahan semula jadi seperti minyak pati, herba organik dan ekstrak tumbuhan organik. Ia bebas daripada bahan kimia yang keras dan pewangi sintetik.
  • Deodoran organik: Deodoran organik dibuat dengan bahan semula jadi seperti minyak pati organik, herba organik dan ekstrak tumbuhan organik. Ia bebas daripada bahan kimia yang keras, aluminium dan wangian sintetik.
  • Pelindung matahari organik: Pelindung matahari organik dibuat dengan bahan semula jadi seperti minyak tumbuhan organik, herba organik dan ekstrak tumbuhan organik. Ia bebas daripada bahan kimia sintetik dan zarah nano.
  • Syampu dan perapi organik: Syampu dan perapi organik dibuat dengan bahan semula jadi seperti herba organik, ekstrak tumbuhan organik dan minyak pati organik. Ia bebas daripada bahan kimia keras, pewangi sintetik dan paraben.
  • Produk penjagaan kulit organik: Produk penjagaan kulit organik seperti pembersih, pelembap dan serum dibuat dengan bahan semula jadi dan bebas daripada bahan kimia yang keras. Mereka hebat untuk orang ramai

Kesimpulannya

Secara keseluruhan, peralatan mandian pelabelan persendirian ialah cara terbaik untuk syarikat menawarkan produk unik, mengawal kualiti produk mereka dan menawarkan pelbagai pilihan pada kos yang lebih rendah. Ia adalah situasi menang-menang untuk kedua-dua pengilang dan pelabel persendirian. Memandangkan pengguna terus mencari peralatan mandian berkualiti tinggi, semula jadi dan mesra alam, pelabelan persendirian boleh menjadi strategi yang berharga untuk syarikat mengembangkan penawaran produk mereka dan meningkatkan jualan mereka.

Jom set temujanji sekarang.

Sabun Bar Jenama Anda

Soap - Private Label Product

Pelbagai jenis bentuk, warna untuk sabun bar. Anda boleh pilih sindiri bahan bahan untuk sabun berkenaan seperti bahan organik, collagen, herba dan lain lain.

Antara fungsi spesifik sabun bar seperti:

  • Hilangkan jerawat
  • Hilangkan jeragat
  • Hilangkan kedut
  • Putihkan kulit
  • Tegangkan kulit

Serta pelbagai lagi kegunaan spesifik yang anda inginkan dengan menggunakan teknologi terkini serta mengikut trend semasa.

Lips Matte Jenama Anda

Lips Matte - Private Label Product

Lip matte adalah sejenis produk kosmetik yang digemari oleh Wanita bermula dari remaja mahupun dewasa akan menggunakan produk ini. Antara kesannya yang tahan lama terdapat juga faktor lain yang menjadikan produk ini mendapat sambutan. Sebelum menjadikan lip matte jenama anda baca artikel ini sehingga habis tau !

lip matte jenama anda
  • Liquid Lipstick Matte – Produk ini biasanya mempunyai formula yang lebih tebal dan tahan lama berbanding jenis lipmatte yang lain.
  • Lipstick Matte Stick – Produk ini mempunyai formula yang lebih tebal dan berpigmen tinggi yang memberikan bibir warna yang pekat.
  • Powder Matte – Produk ini biasanya mempunyai tekstur halus seperti bedak dan memberikan bibir penampilan yang lebih semula jadi.
  • Creamy Matte – sejenis lipmatte yang memberikan kesan tahan lebih lama pada bibir dengan formula berkrim atau krimer. Produk ini memberikan penampilan bibir yang lebih lembut dan rasa lebih selesa apabila digunakan.
  • Metallic Matte – Produk ini biasanya mempunyai formula yang lebih berkrim dan berpigmen tinggi, memberikan penampilan bibir berkilat

Founder, Jom Gali Apa Pengguna Mahukan!

  • Founder perlu dengar apa yang pengguna mahukan
  • Dengar harapan (kelebihan produk) pengguna
  • Fikir apa yang founder mampu berikan kepada pengguna.

Apa Yang Pengilang Boleh Bantu?

UMZ Bioline Manufacturer Sdn Bhd adalah pengilang kosmetik yang mampu hasilkan lip matte yang pelbagai warna serta berkualiti tinggi. Ini antara cara yang kami akan bantu anda:

  • Konsultasi Produk – Pihak pegawai pemasaran kami akan bantu tentang ramuan dan formula yang sesuai dengan keperluan dan keinginan anda. Sebagai Pengilang kami juga memberikan cadangan mengenai warna, tekstur dan aroma mengikut keinginan anda.
  • Ujian Formula – Pakar penyelidikan kami akan membantu anda menjalankan ujian formula untuk memastikan produk yang dihasilkan memenuhi piawaian kualiti serta standard yang telah ditetapkan oleh KKM . Kami juga akan memberi anda sampel produk untuk mencuba dan memberikan ulasan untuk pengesahan.
  • Pembungkusan dan Pelabelan – Pengilang juga membantu dalam mereka bentuk pembungkusan dan pelabelan produk. Ini termasuk reka bentuk botol dan kotak, label produk dan logo.
  • Pengeluaran – Setelah formula dan pembungkusan ditentukan, pengilang membantu dalam pengeluaran mengikut MOQ yang telah dipersetujui.
  • Pemeriksaan dan Penghantaraan – Pihak QA & QC kami akan membantu dalam pemeriksaan dan penilaian produk sebelum dikeluarkan. Manakala pihak pendaftaraan juga akan membantu bagi pendaftaraan produk. Setelah selesai proses ini produk akan dihantar kepada founder.

Kesimpulannya.

UMZ Bioline adalah pilihan yang terbaik sebagai pengilang produk lip matte kerana kami mempunyai kepakaran dari segi tenaga kerja serta penggunaan mesin-mesin berteknologi tinggi.  Selain itu kualiti produk lip matte yang menyerlahkan lagi penampilan dan senyuman manis kepada pemakai. Keluaran  produk lipmatte kami sentiasa mempunyai pelbagai variasi warna mengikut trend terkini.

Formula ini sangat sangat ringan dan memberikan anda kemasan dengan warna pilihan yang sangat menarik. Keistimewaan produk Lipmatte kami, ianya adalah mesra wudhu’, senang ditanggalkan. Set Temujanji sekarang untuk dapatkan 20 minit konsultasi percuma hari ini sahaja.